Manfaat Buku

Sebelum balik Malaysia nanti, anta kena siapkan paling kurang sebuah buku untuk rakyat Malaysia. Kalau mampu tambah lagi, buat untuk ringkasan madah paling susah untuk kuliah anta. Mungkin Balaghah ke? Apa sahaja boleh"

Gerbang Perkahwinan

" Hanif , hang nak ikut ana tak pergi Alex esok ?" tanyaku padanya seraya menoleh ke arah Nordin. " Hang ada keje ke kat sana, ke ada benda lain ? " balas pertayaanku. " Saje je ajak hang, tengah tension ini. Kena cari ketenangan di tepi pantai . Banyak muqarra imtihan ni," jawabku dengan penuh keyakinan.

Semanis Tawakkal

"Alhamdullilah, akhirnya imtihan dah selesai, Bolehlah ana balik selepas Asar nanti" sapaku kepada Hanif yang baru keluar dari pintu gerbang Al-Azhar. " Iya, tapi anta kena ingat kita ada syafawi ( ujian lisan) lagi. Kiranya aku bersyukur banyaklah", jawabnya sambil memandang ke arah ladang gandum.

Alam Perkahwinan

" Abang, berapa lama lagi yer sayang nak tunggu, baby kita asyik bergerak-gerak ni, " riangku apabila kandunganku sentiasa bergerak. " Tak kan sayang tak tahu, ibu mana yang tidak menghitung hari. Tapi kan, abang rasa yakinlah sayang mampu buat yang terbaik untuk baby kita," jawabnya

Followers

Monday, November 9, 2009

Sambutan Hari Keluarga UMI Ke-11

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, November 09, 2009 0 comments


Sunday, November 8, 2009

Jangan Pertikaikan Soal Pentauliahan

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, November 08, 2009 0 comments


Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin diingatkan tidak cuba mengheret sistem perundangan yang diamalkan sejak sekian lama oleh pihak berkuasa agama negeri dalam menangani isu peribadi sehingga menimbulkan pelbagai tanggapan mengelirukan di kalangan umat Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata tidak wajar Mohd Asri mempertikaikan sistem pentauliahan kerana ia bukan baru bagi umat Islam, sebaliknya sudah diamalkan sejak zaman Saidina Ali.

Katanya, dakwaan sistem pentauliahan mencabul kebebasan bersuara dan hak asasi manusia adalah tidak benar, sebaliknya sistem itu menjadi benteng menghalang penyelewengan dalam menyebarkan syiar Islam.

Beliau turut mempersoalkan keengganan Mohd Asri untuk memohon tauliah sedangkan tokoh agama lain boleh akur dengan peraturan itu termasuk Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Abdul Shukor Husin dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Soal peribadi jangan sampai mengheret isu lain (pentauliahan) sehingga boleh menjadi masalah pada masa akan datang.

"Bukan semua orang layak memberi ceramah agama, kelayakan dan tauliah perlu ada bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab menyeleweng ajaran Islam.

"Kalau mufti dan tokoh agama lain boleh tawaduk dan akur pada undang-undang negeri dengan memohon tauliah, kenapa tidak Mohd Asri.

"Taat pada sistem perundangan juga tuntutan agama, kalau orang lain boleh taat, kenapa sistem pentauliahan menjadi isu besar baginya, " katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mohd Asri disiarkan laman portal berita yang mendakwa sistem pentauliahan mencabul kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.
Beliau juga menyifatkan sistem itu sebagai 'tidak Islamik' kerana menghalang pihak yang berpengetahuan menyampai ilmunya.

Saturday, November 7, 2009

Perihal Dajjal Laknatullah (4)

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, November 07, 2009 0 comments


 Dari Anas r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Yang mengikuti Dajjal dari golongan kaum Yahudi Ashbihan itu ada sebanyak tujuh puluh ribu orang. Mereka itu mengenakan pakaian kependetaan." (Riwayat Muslim) 

 Dari Ummu Syarik radhiallahu 'anha bahawasanya ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Nescayalah sekalian manusia itu sama melarikan diri dari gangguan Dajjal iaitu ke gunung-gunung." (Riwayat Muslim) 

 Dari Imran bin Hushain radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada suatu peristiwa pun antara jarak waktu semenjak Allah menciptakan Adam sampai datangnya hari kiamat nanti, yang lebih besar daripada perkara Dajjal." (Riwayat Muslim) 

Sumber : Riyadus Solihin No 1809-1811


Monday, November 2, 2009

Tahniah Kepada Ustaz Fairuz Tamjis

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, November 02, 2009 0 comments


Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasangan Ustaz Fairuz dan Ustazah Maria kerana dikurniakan olehNYA cahayamata kesayangan lelaki yang pertama. Alhamdulillah bersalin normal dengan berat 2.5 kg bertepatan dengan hari Isnin jam 1.30 petang.  Mudah-mudahan dengan kehadirannya menambahkan lagi kecerian dalam rumah tangga mereka.

Dan semoga Allah memberikan kepada pasangan mempelai ini rahmat kebahagian dan kasih sayang dengan  ketibaan cahayamata ini. Ya Allah, jadikanlah mereka di kalangan mereka yang bersyukur dan berbuat baik kepada insan ciptaanMU. Amin.

Monday, October 26, 2009

Perihal Dajjal Laknatullahi 'Alaih (3)

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, October 26, 2009 0 comments



Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dajjal itu akan keluar kepada ummatku kemudian menetap sealam empat puluh lamanya; tetapi saya tidak mengerti apakah itu empat puluh hari atau empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa putera Maryam a.s. lalu ia mencari Dajjal kemudian merosakkannya - yakni membunuhnya. 

Kemudian para manusia itu menetap selama tujuh tahun di saat itu tidak ada permusuhan sama sekali antara dua orang manusia pun. Selanjutnya Allah 'Azza wa jalla mengutus angin yang dingin dari arah Syam (Palestin). 

Maka tidak ada seorang pun yang menetap di atas permukaan bumi yang dalam hati orang itu ada timbangan seberat semut kecil dari kebaikan atau keimanan, melainkan pasti akan dicabut nyawanya sehingga andai kata salah seorang dari engkau semua ada yang masuk di dalam perut gunung, juga pasti akan dimasuki oleh angin tadi, sampai dapat tercabut nyawanya. 

Akhirnya yang ketinggalan adalah manusia-manusia yang buruk kelakuannya yang suka cepat-cepat melakukan keburukan dan kezaliman sampai dapat diumpamakan sebagai keringanan burung yang sedang terbang atau angan-angan binatang buas yang hendak memangsa. Orang-orang tersebut tidak mengerti apa-apa yang baik dan tidak mengingkari apa-apa yang buruk - yakni kemungkaran dibiarkan belaka. 

Seterusnya lalu muncullah syaitan yang menjelma sebagai manusia lalu berkata: "Alangkah baiknya kalau engkau semua suka mengikuti perintahku?" Orang-orang sama berkata: "Apakah yang engkau perintahkan kepada kita?" Kemudian syaitan tersebut mengajak mereka menyembah berhala-berhala.
Keadaan para manusia di saat itu adalah sangat luas rezekinya, senang hidupnya. Selanjutnya ditiupkanlah dalam sangkakala, maka tiada seorang pun yang mendengarnya melainkan ia menurunkan leher-nya yang sebelah dan mengangkat yang sebelah lainnya. Pertama-tama orang yang mendengarnya itu ialah seseorang yang sedang memperbaiki pelur kolam untanya, lalu ia tidak sedarkan diri dan semua manusia di sekitarnya pun tidak sedarkan diri - terus mati. 

Kemudian Allah mengirimkan atau sabdanya: Menurunkan hujan bagaikan rintik-rintik atau bagaikan bayangan, lalu dari air itu tumbuhlah seluruh tubuh para manusia, terus ditiupkanlah pula sekali lagi sangkakala tersebut tiba-tiba orang-orang itu sama berdiri bangun sambil memperhatikan keadaan di waktu itu, kemudian ada yang mengucapkan: "Hai sekalian manusia, marilah sama mendekat di hadapan Tuhanmu semua," dan kepada semua malaikat di-perintahkan: "Hentikan dulu orang-orang itu, sebab sesungguhnya mereka akan ditanya lebih dulu." Kemudian dikatakan pula: "Keluarkan olehmu semua orang-orang itu perlu dikirim ke neraka." 

Selanjutnya ditanyakan: "Dari berapa?" Lalu dijawab: "Dari setiap-tiap seribu sebanyak sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang." Sabdanya: "Itulah hari yang dapat membuat anak-anak kecil menjadi beruban dan itulah hari dibukanya betis manusia, kerana amat kebingungan sekali." (Riwayat Muslim) 

Alliitu ialah batang leher, ertinya ialah merendahkan lehernya yang sebelah dan mengangkat sebelah yang lainnya.



Sumber: Riyadus Solihin Hadis No 1807

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

MeMiMPiN PeRuBaHaN Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez